KECOH di media sosial hari ini apabila sebuah video yang memaparkan seunit iPhone 6 yang hanya berharga RM98, telah menjadi topik perbualan hangat pengguna Facebook.


Video berdurasi 45 saat tersebut memaparkan adengan di antara penjual dan pembeli yang bersetuju dengan nilai pembelian harga penawaran daripada penjual yang dikira sangat ‘tidak masuk akal’ murah.


Tidak diketahui di manakah lokasi kedai berkenaan, namun rata-rata pengguna di Facebook menyuarakan pelbagai komen yang rata-rata mempersoalkan harganya.


Termasuklah yang mengatakan video tersebut adalah palsu, sengaja direka dan ‘iPhone buatan China’ juga turut tidak ketinggalan.


Buat pembaca semua, harga penawaran iPhone 6 dalam video tersebut  sememangnya adalah benar.


Ia sebenarnya merupakan pakej plan pembayaran ansuran bulanan yang kebiasaanya disertakan kepada pengguna dengan syarat kontrak syarikat pembawa.


Melalui video, harga yang dibayar oleh pengguna tersebut memang berjumlah RM98.


Ya, RM98 tersebut adalah plan yang dibawakan oleh U Mobile apabila baru-baru ini mereka telah melancarkan pakej rasmi iPhone 6.


umobile


Dalam membawakan kelainan pada perkhidmatan mereka, Umobile dilihat sangat kreatif dalam syarat penawaran yang dibawa.


Pelanggan tidak perlu membayar harga peranti apabila memilih pelan khusus iPhone dari U Mobile sama ada pelan pascabayar atau pelan prabayar.


Baiklah, biar kami terangkan dengan lebih terperinci.


Bagi mendapatkan skim pembayaran ansuran ini, pelanggan perlu memohon sama ada melalui permohonan atas talian atau permohonan di cawangan U Mobile yang terpilih.


Pengesahan akan diberikan dalam tempoh dua jam dan pelanggan kemudiannya boleh memilih tempoh pembayaran balik dan mengikut kadar faedah yang akan ditetapkan oleh U Mobile dengan kerjasama Berjaya Credit, bergantung kepada status kredit pemohon.


Seperti contoh, telefon iPhone 6 boleh dimiliki pada harga RM 98 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 0.86%, atau RM 106 sebulan dengan bayaran ansuran selama 33 bulan pada kadar faedah sebanyak 1.20%.


Terdapat empat pilihan tempoh bayaran ansuran iaitu selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan dan 33 bulan.


Kami harap dengan penjelasan ini,  anda mendapat pencerahan sebenar mengenai Video Viral iPhone 6 Berharga RM98.


Apa-apa pun, mungkin video yang dibawakan tidak memaparkan keseluruhan bagi memberikan perasan ‘teruja’ penggemar iPhone.


Sumber: Umobile