Mungkin kerana terlalu banyak disogokkan dengan drama politik oleh keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai pihak sudah mula membuka mata dan sedar akan agenda mereka yang sebenar.


Dalam satu entri yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook, dia menghamburkan luahan hatinya sebagai refleksi kepada cemuhan yang dilontarkan ahli keluarga Anwar terutamanya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar terhadap kerajaan.


CANYL0bUIAAZ43h (4)


Jelak mendengar retorik dari mereka tentang andaian kehidupan mewah oleh golongan pemerintah, individu yang menggunakan nama profil Nordin Ahmad itu menulis;


“Hakikatnya, kamu anak-beranaklah yang hidup dalam kemewahan. Berapa pengawal keselamatan sentiasa bersama kamu laki bini? Lagak umpama PM.


“Berapa kerap kamu laki bini keluar negara dengan kebanyakkannya menggunakan jet peribadi?”


Bukan itu sahaja, lagi menyentapkan seluruh pancaindera, si penulis turut membuat perbandingan tentang keprihatinan Anwar dan keluarganya di saat rakyat memerlukan.


“Berapa kerap kamu turun kebawah melawat atau bertanyakan masalah yang rakyat hadapi? Banjir yang kerap berlaku di Kajang, di manakah kamu? Banjir besar yang melanda pantai timur baru-baru ini di manakah kami laki bini?


AnwarVSkhalid_L_140305-650x350-600x350


“Gara-gara nafsu besar kamu anak beranak untuk berkuasa, sanggup kamu tendang seorang yang jujur dengan rakyat Selangor dari kerusi MB.


Bersikap biadab kamu laki bini terhadap Tuanku Sultan Selangor gara-gara cita-cita kamu laki bini tak dapat menjadi MB.”


Si penulis yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Keadilan turut berkata, Anwar dan keluargnya telah menggunakan rakyat apabila tiba saat genting seperti sekarang.


nurul-izzah-tmi-030715.jpg


“Kesimpulannya, kamu anak beranak menggunakan rakyat bila keluarga kamu dalam kesusahan seperti apa yang berlaku sekarang ini akibat dari perbuatan suami kamu yang kamu sendiri mengetahuinya, dan aku berani katakan yang kamu turut bersubahat sama.


“Hakikatnya parti PKR yang kamu menjadi Presidennya, hanya berjuang untuk kepentingan kamu anak beranak.”


Nah! Luahan tersebut merupakan tamparan hebat buat keluarga yang dituduh mengamalkan nepotisme apabila dimonopoli oleh Anwar, isteri dan anak sulungnya.


Tidak mengiyakan mahupun menidakkan pendapat yang dikongsi si penulis, Nordin Ahmad, namun ia sekadar ingin dijadikan renungan bersama untuk para pembaca.


Orang cakap lain kali kalau nak menuduh, ada baiknya pandang cermin dahulu. Bukan apa, takut ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’.