Ops Warta Buru Pesalah Trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta mulai Isnin depan, bagi mengesan pesalah trafik tegar di seluruh negara.
Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata, sasaran utama operasi besar-besaran itu ialah pesalah yang enggan menyelesaikan saman trafik tertunggak berjumlah RM1.9 juta serta waran tangkap yang belum diselesaikan.
“Operasi kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau ‘strobe light’ tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya dalam Facebook PDRM pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya, operasi itu tidak akan membabitkan cermin gelap.
Operasi cermin gelap ditangguhkan, sementara menunggu keputusan kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap oleh Kementerian Pengangkutan.
Sumber: TheRakyatPost
0 Komentar untuk "Ops Warta Buru Pesalah Trafik"