Maki Kawan Kerana Hutang RM1,800


Hanya kerana hutang, sanggup seorang lelaki memaki hamun kawannya dengan kata-kata kesat.

Dikala berdepan dengan kesusahan, bukan main manis lagi mulut berbicara meminta pertolongan dari kawan sendiri. Pelbagai janji manis ditaburkan untuk menyakinkan si kawan.

Namun dalam perbualan mesej di atas, "memang aku tak pernah plan nak bayar"

Betapa sakitnya hati membaca ayat seperti itu. Adalah amat malang sekali memiliki kawan seperti ini. Lebih-lebih lagi kawan yang dikenali sejak dari kecil lagi.

RM1,800 bukanlah satu jumlah yang kecil. Sungguhpun lelaki itu memiliki pekerjaan yang besar pendapatannya, RM1,800 itu masih satu amaun yang diperlukan untuk menyara hidupnya sendiri, keluarga, ataupun ibu bapa di kampung.

Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

Nampak di situ betapa besarnya isu hutang ini di mana mereka yang mati syahid yang dijanjikan syurga sekalipun tidak akan terampun dosanya jika mempunyai hutang kepada manusia.

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Ingatlah, jika berhutang tu bayarlah sedikit demi sedikit lama-lama habis juga. Mohon maaf dengan si pemberi hutang dan bukannya bersikap seperti gambar yang kami paparkan di atas. Sayu hati mengenang ada manusia yang bersikap begini. Soal hutang usah dipandang ringan.

Sumber
0 Komentar untuk "Maki Kawan Kerana Hutang RM1,800"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info