Jawapan Sinis Diana Danielle Perihal Isu ‘Seksi Maut’ | AKSI berani aktres jelita Diana Danielle tampil seksi dengan mengenakan pakaian dalam hingga mendedahkan bahagian perutnya dalam sebuah majalah mengundang kecaman dan kritikan masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun isteri pelakon terkenal, Farid Kamil ini dilihat masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen perihal gambar kontroversi tersebut.
Terbaharu, dalam laman Instagramnya Diana memuat naik ayat sinikal seolah-olah menjawab isu gambar coli tersebut iaitu “Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission” (Kebebasan bermakna kamu boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu meminta keizinan sesiapa).
Perghhh… sinis dan pedas jugak kata-kata yang dimuatnaik ibu kepada Muhammad ini.
Agaknya Diana terlalu tertekan dengan komen dan pelbagai persepsi negatif yang diterima ekoran kontroversi seksinya itu hingga tampil dengan kata-kata tersebut.
Pun begitu, tindakan Diana menjawab dalam laman Instagramnya ini membuatkan sesetengah peminat meluahkan kesalan kerana ia seolah-olah melambangkan dirinya langsung tak boleh ditegur dan dinasihati.
Apatah lagi, aksinya yang tampil cuma bercoli dan bersalut bendera Amerika Syarikat ini jelas bertentangan dengan hukum agama dan budaya Malaysia.
Kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi sudah menjadi kewajipan untuk menegur perbuatan yang salah sekurang-kurangnya sebagai sesama Islam.
Moga-moga insiden ini menjadi iktibar buat Diana Danielle dan insan yang bertanggung jawab membimbingnya.
0 Komentar untuk "Jawapan Mengejut Diana Danielle Isu Seksi Maut"