Zul Ariffin Dedah Cerita Pernah Diajak Berselfie Dalam Tandas

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Zul Ariffin Dedah Cerita Pernah Diajak Berselfie Dalam Tandas
6/9/2015 2:12:34 AM

SEBELUM ini pernah terdengar cerita yang mengatakan aktor kacak Zul Ariffin kini sudah semakin sombong dan kekwat gara-gara dirinya dikatakan enggan melayani permintaan peminat untuk bergambar dengan dirinya.

Menurut Zul, dia bukan tidak boleh bergambar dengan peminatnya, tetapi biarlah permintaan untuk bergambar itu mengikut dalam keadaan yang bersesuaian dengan dirinya.

Ini tak, ada suatu ketika dia nak ke tandas pun peminat sempat nak ambil gambar selfie tu!

"Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun.

"Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?," katanya memetik Sinar Harian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insidennya yang memarahi peminat gara-gara mahu bergambar di lapangan terbang baru-baru ini, Zul menyatakan, "Saya tak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga".

"Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar.

"Tambahan pula, ketika itu, saya mahu menyimpan beg kepunyaan ibu sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit," ulasnya lagi.

Susah juga jadi selebriti popular ni ya, kat mana-mana je ada peminat yang nak bergambar.

Dalam hal ini peminat pun perlulah memahami kehidupan artis itu, kalau masa dia tengah meluangkan masa bersama keluarga, faham-faham sendirilah.

Dia pun perlukan privasi, tapi orang kata, kalau dah jadi public figure tu, secara tak langsung memang itulah harga yang perlu dibayar oleh golongan popular ini.

Bak kata orang, kalau takut dilanda ombak, kenapa berumah di tepi pantai? Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Zul Ariffin Perjelas Isu Gambar Berpeluk Dengan Gadis Seksi

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Zul Ariffin Dedah Cerita Pernah Diajak Berselfie Dalam Tandas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info