Zico luah hasrat tanding jawatan Presiden FIFA

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Zico luah hasrat tanding jawatan Presiden FIFA
6/11/2015 12:14:31 AM

Zico luah hasrat tanding jawatan Presiden FIFA

RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil, Zico menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekalipun percaya kelebihan tidak berpihak kepadanya.

LEGENDA bola sepak Brazil, Zico. – Foto AFP

Bekas perancang lincah berusia 62 tahun itu berkata "sudah ada kemungkinan untuk perubahan" terhadap badan induk itu selepas presiden, Sepp Blatter mengumumkan peletakan jawatannya, minggu lalu.

Tindakan mengejutkan Blatter yang hadir beberapa hari selepas dia dilantik semula sebagai presiden dilihat disebabkan tekanan terhadap siasatan rasuah dan sogokan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland kian meningkat sehingga membabitkan hak penganjuran Piala Dunia edisi 2010, 2018 dan 2022.

"Saya mahu mengesahkan keputusan ini mengenai kemungkinan untuk menjadi calon bagi pemilihan FIFA selepas ini," kata Zico dalam satu sidang media di Rio de Janeiro.

"Saya rasa mampu untuk melakukannya.

"Sudah tentu perubahan peraturan mengenai permainan ini perlu. Ia kerana dengan peraturan yang sedia ada tidak ada sedikitpun kemungkinan (untuk dipilih).

FIFA, semalam berkata Jawatankuasa Eksekutifnya akan bersidang bulan depan bagi memilih tarikh pemilihan itu.

Kesemua 209 ahli gabungan FIFA akan mengundi bagi memilih Presiden baharu dengan calon pilihan antaranya bos Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini.

Untuk layak bertanding jawatan presiden, seseorang calon itu memerlukan sokongan daripada lima persatuan negara.

Zico sebelum ini antara pengkritik kuat Blatter yang dikatakan terlalu lama memegang jawatan selepas mengambil alih tugas Joao Havelange.

"Saya berusia 62 tahun dan seingat saya hanya dua presiden dalam FIFA sebelum ini iaitu Joao Havelange dan Blatter," katanya. "Hanya dua orang ini yang memerintah dunia bola sepak? Ia tidak boleh diterima."

Dianggap antara pemain tengah terbaik dunia ketika era kegemilangannya, Zico beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia bersama Brazil iaitu 1978, 1982 dan 1986 namun gagal menjulang trofi keagungan bola sepak itu.

Sebagai jurulatih, Zico pernah membimbing kelab-kelab di Turki, Greece, Russia, Uzbekistan, India selain skuad kebangsaan Iraq dan Jepun. – AP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Zico luah hasrat tanding jawatan Presiden FIFA"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info