Ura-Ura: iPhone 6S Bakal Menyertakan Force Touch

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Ura-Ura: iPhone 6S Bakal Menyertakan Force Touch
5/31/2015 7:29:29 AM

APPLE pada tahun ini telah memperkenalkan sokongan Force Touch pada komputer riba Macbook mereka, dan kini beberapa laporan hadir turut mengatakan Apple bakal mengintegrasikan sokongan teknologi yang sama pada iPhone generasi akan datang mereka – iPhone 6S.

Fungsi Force Touch ini juga bakal disokong pada iOS9, membolehkan para pembangun mengintegrasikan sokongan Force Touch pada aplikasi yang dibangunkan mereka.

Dari segi penggunaan, Force Touch ini dikatakan akan membawakan beberapa bentuk kawalan baru  dan salah satunya mengubah interaksi press-hold.

Bagi yang tidak pernah mencuba Force Touch, ia membawakan kebolehan untuk skrin tersebut ditekan, dan ia memberikan kesan haptikkepada pengguna.

Ia tidak diketahui sama ada kebolehan skrin ditekan ini akan memberikan kesan penerimaan positif ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, BlackBerry pernah menyertakan sokongan yang hampir sama pada peranti mereka, iaitu pada BlackBerry Storm 2.

Tetapi mungkin ketika itu cara implementasinya tidak begitu baik, ataupun terlalu awal untuk diperkenalkan kepada semua pengguna.

Sama-sama kita nantikan bagaimanakah implementasi pihak Apple untuk iPhone 6S kelak, yang mana mungkin menjadi salah satu pemangkin industri untuk mengimplementasikan perkara sama.

Sumber: Cheatsheet

-MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ura-Ura: iPhone 6S Bakal Menyertakan Force Touch"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info