TPM arah tubuh unit khas pantau bencana alam

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

TPM arah tubuh unit khas pantau bencana alam
6/7/2015 4:42:01 AM

TPM arah tubuh unit khas pantau bencana alam

MUHYIDDIN diberi taklimat ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali di Ranau hari ini. – Foto BERNAMA

RANAU: Jabatan Geosains diarah menubuhkan unit khas bagi memantau perubahan alam sekitar sebagai langkah awal untuk menghadapi bencana khususnya gempa bumi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia antara tindakan jangka panjang yang perlu dilaksanakan bagi mengelak kemusnahan besar.

Beliau berkata, sekumpulan pakar akan dihimpunkan bagi mengkaji keperluan untuk mewujudkan unit pemantauan itu.

"Kita belum pernah menghadapi gempa bumi sebelum ini dan kejadian ini (gempa bumi Sabah) menuntut kita mengambil langkah segera sebagai persediaan untuk menghadapi bencana serupa pada masa depan.

"Unit khas ini boleh melaksanakan pemantauan sepanjang masa bagi memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan yang diramal berlaku gempa bumi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri taklimat operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, selain penubuhan unit khas itu, prosedur operasi standard (SOP) bantuan bencana juga perlu diteliti semula.

"Siapa pun tidak menjangka gempa bumi berlaku di negara kita. Sekarang ia sudah berlaku dan ini menuntut kita melakukan tindakan perlu untuk menambahbaik SOP.

"Kita perlu mencari kaedah terbaik untuk mengelak kerosakan atau kemalangan dengan menyediakan sistem amaran awal," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "TPM arah tubuh unit khas pantau bencana alam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info