TMJ Sindir PM Gagal Hadir Nothing2Hide

 

 

Siakap Keli News

TMJ Sindir PM Gagal Hadir Nothing2Hide
6/5/2015 9:30:00 AM



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor hari ini mengeluarkan kenyataan yang sedikit menyindir Perdana Menteri, Najib Razak, selepas Perdana Menteri Malaysia itu gagal menghadirkan diri ke majlis #nothing2hide.

TMJ di halaman Facebook Johor Southern Tigers membuat kenyataan :

"Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.

"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan dan kepercayaan terhadap anda," tulisnya dalam kenyataan tersebut.

Kegagalan Najib Razak menghadirkan diri ke majlis tersebut mendatang kritikan ramai dan ramai pengguna media sosial menyerang media sosial milik pemimpin negara itu, terutamanya Facebook Najib Razak. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "TMJ Sindir PM Gagal Hadir Nothing2Hide"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info