MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Tahap Kesihatan Merosot, Anwar Minta Tahanan Kediaman
6/29/2015 11:19:51 PM
TAHAP kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan semakin teruk dan membimbangkan hingga memohon menjalani tahanan kediaman.
Namun walaupun tahap kesihatannya dikatakan begitu, dakwaan pasukan peguam Anwar bahawa beliau dinafikan akses kepada rawatan yang diperlukan adalah tidak benar.
Peguamnya, Sivarasa Rasiah sebelum ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerajaan sengaja mahu menzalimi bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu.
Sebaliknya, pelbagai prosedur perlu dilakukan sebelum seseorang pesalah itu dibenarkan menjalani tempoh penjara di kediaman sendiri.
Sekiranya benar kesihatannya semakin merosot, tidak mungkin kerajaan dan Jabatan Penjara sezalim itu dalam melayani seorang manusia.
Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut, baharulah segala proses untuk menuntut tahanan kediaman boleh dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari lalu selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
– MYNEWSHUB.CC
Liwat II: Gelagat Penyokong Dan Telatah Anwar Ibrahim
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Tahap Kesihatan Merosot, Anwar Minta Tahanan Kediaman"