PM Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

PM Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro
6/13/2015 12:46:31 AM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu lebih banyak institusi kewangan menawarkan skim pembiayaan mikro bagi membantu perniagaan di semua peringkat, termasuk kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata skim pembiayaan akan membantu usahawan yang baru bertapak mendapat bantuan selain galakan yang mereka harapkan.

"Industri francais Malaysia sudah melakukan lonjakan besar sejak kerajaan memperkenal Pelan Tindakan Pembangunan Francais Negara pada 2012," katanya pada perasmian persidangan dan pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2015 di sini, Sabtu.

Pelan tindakan itu yang antara lain merangkumi arah tuju, bertujuan meningkatkan daya saing francais Malaysia serta mentransformasikan perniagaan negara menerusi pembiayaan.

Najib berkata kini negara mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan Francais (2016-2020) yang berpotensi mewujudkan 50,000 pekerjaan baharu dalam tempoh itu.

Bagi merealisasikannya, beliau berkata industri itu perlu bergerak ke hadapan daripada sektor tradisional seperti makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan, kepada sektor yang menjanjikan peluang besar seperti pendidikan, produk dan perkhidmatan hijau, pelancongan perubatan serta produk dan perkhidmatan patuh Syariah.

Perdana Menteri gembira kerana usaha negara mempromosikan pertumbuhan dalam bidang francais sudah diperakui.

Beliau berkata sebuah organisasi yang mewakili francais Jepun, 'Franchise Meets' dalam Laporan Asianya menyebut bahawa: "Malaysia has Asia's – and probably the world's – most franchise friendly government" ("Malaysia merupakan kerajaan paling mesra francais di Asia dan mungkin di dunia").

Dalam Bajet 2015, RM20 juta diperuntukkan untuk meningkatkan lagi industri francais dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangka Program Eksport Francais yang bermatlamat menggandakan angka jenama dan premis francais Malaysia di luar negara.

Sempena penganjur FIM 2015 selama dua hari itu, empat syarikat tempatan – Naza Tutti Frutti, Marybrown, Kubah Emas Resources dan Smart Reader Worldwide, menandatangani memorandum persefahaman dengan pelbagai syarikat antarabangsa. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info