Perisytiharan Muflis ADUN Lenggeng Ditangguhkan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Perisytiharan Muflis ADUN Lenggeng Ditangguhkan
6/29/2015 11:27:27 PM

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan penangguhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, untuk mengenepikan pengisytiharan muflis terhadapnya.

Peguam Ishak, CS Murtti, berkata keputusan penangguhan kepada 23 Julai depan itu dibuat Hakim Datuk Kamaludin Md Said, selepas mempertimbangkan persetujuan ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi.

Katanya, Hakim turut membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah itu pada 18 Mac lalu selepas beliau gagal membayar pinjaman Misran.

Mengulas lanjut, Murtti berkata, permohonan penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan kes di luar mahkamah. – BH Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Perisytiharan Muflis ADUN Lenggeng Ditangguhkan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info