Najib Razak Sentiasa Terbuka Terima Kritikan Selagi Beri Kebaikan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Najib Razak Sentiasa Terbuka Terima Kritikan Selagi Beri Kebaikan
6/29/2015 11:39:01 PM

MEMIKUL tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bukanlah semudah yang disangka, namun Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendahulukan rakyat dan pembangunan negara dalam setiap agendanya.

Justeru, beliau terbuka mengalu-alukan kritikan terhadap kepimpinannya, malah positif terhadap setiap pandangan yang diutarakan mana-mana pihak.

Hormat Tun M, Najib Takkan Serang Peribadi Mantan PM Itu

Walau bagaimanapun, ujarnya lanjut, kritikan tersebut haruslah rasional, membina dan mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Memetik kenyataan beliau melalui blog mykmu.net, beliau berkata, "Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti … bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara."

Ahli Parlimen itu turut berkata, setiap keputusan yang diambil kerajaan bukanlah diputuskan secara semberono, namun telah melalui penilaian secara keseluruhan termasuk manfaat dan faedah yang akan dinikmati masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat Najib ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam di kediaman rasmi PM di Putrajaya, semalam.

Wisuda

Dalam pada itu, beliau turut berkata, pihak kerajaan kini sedia memberikan kuasa kepada pihak universiti untuk membuat keputusan sendiri bagi usaha memantapkan institusi tinggi itu.

"Inilah hasrat kerajaan dan pada masa sama saya berharap untuk terus mewujudkan hubungan yang baik dengan para mahasiswa."

Selain itu, beliau turut memberi ingatan kepada mahasiswa untuk tidak mengambil fakta yang dipaparkan media seratus-peratus kerana ada media yang memaparkan separuh sahaja, manakala segelintir penulis pula memasukkan padangan peribadi mereka dalam penulisan.

"Harap adik-adik pelajar semua yakinlah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jangan percaya atau telan bulat-bulat apa yang dibaca di media sosial, walaupun popular tidak semestinya ketepatan berita itu terjamin."

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PM Bersiar-Siar Membeli Kuih Di Bazar Ramadan Setiawan

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Najib Razak Sentiasa Terbuka Terima Kritikan Selagi Beri Kebaikan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info