MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Pemimpin PAS Malukan Islam Di Mata Ramai – Dr Hatta
6/28/2015 4:32:06 AM
Dalam satu kenyataannya, salah seorang pemimpin progresif dalam PAS, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, kepimpinan parti Islam itu kini tidak lagi mewakili sebuah parti politik berteraskan Islam, lantas ia memalukan agama.
Malah, menurut bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu, situasi tersebut berlaku disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin PAS sendiri.
PAS Tetap Terus Agenda Laksana Hudud Di Kelantan
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, "Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah laku yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.
"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam."
Ujar Hatta lagi, situasi tersebut telah dibawa dalam perbincangan namun tiada usaha lanjut untuk memperbetulkannya.
"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama."
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberikan contoh situasi PAS masuk bertanding di Kota Damansara yang menjadi milik PKR sejak PRU 2008.
Calon PKR dikatakan boleh mempertahankan kerusi itu, namun setelah PAS mengambil keputusan itu, akhirnya kerusi berkenaan dimenangi Barisan Nasional (BN).
"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini."
Akibatnya, parti itu dikritik hebat dan dilabel sebagai pengkhianat oleh sekutunya sendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Penyokong Hadi Dakwa Hatta Mahu Guling Presiden
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Pemimpin PAS Malukan Islam Di Mata Ramai – Dr Hatta"