Pelajar Tahun 4 Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pelajar Tahun 4 Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai
6/13/2015 12:15:58 AM

ALOR SETAR – Seorang pelajar tahun empat dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama adiknya dan seorang lagi rakan di Sungai Kuala Kedah berhampiran Kampung Sematang Pinang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Noraini Maisarah Musa, 10, dikatakan sedang mandi bersama adiknya Ayu Wan Mira, 9, sebelum dibawa arus yang terhasil daripada pergerakan sebuah bot yang melalui kawasan berkenaan.

Rakan mereka, Nor Alisya Natasya Yahya, 9, yang hanya duduk di tebing sungai ketika kejadian berkata sebelum ini, mereka bertiga selalu mandi di kawasan cetek di sungai itu yang terletak berhampiran dengan sebuah kilang memproses kepah.

"Kami selalu datang ke kilang itu untuk mengambil upah membersihkan kepah bagi menambah wang saku. Kebiasaannya, kami akan mandi di kawasan cetek, tetapi semalam semasa mandi sebuah bot telah lalu di situ menyebabkan berlaku alunan ombak.

"Saya tidak mandi kerana takut. Mereka berdua yang berada di dalam sungai telah dibawa jauh oleh alunan ombak dan saya cuba menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar kerana bunyi bising enjin bot," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nor Alisya Natasya berkata seorang daripada lelaki yang berada di atas bot berkenaan telah mendengar jeritannya dan terus terjun menyelamatkan Ayu Wan Mira tetapi tidak sempat menyelamatkan Noraini Maisarah.

Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Jamaludin Mat Yusop yang dihubungi Bernama hari ini berkata operasi yang ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi disambung semula pada pukul 7 pagi ini bagi mencari mangsa.

"Kita tangguhkan operasi semalam kerana cuaca gelap. Operasi disertai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dan anggota penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan menggunakan dua bot bomba," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pelajar Tahun 4 Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info