Maut Ketika Selamat Isteri & Anak Dari Renjatan Elektrik

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Maut Ketika Selamat Isteri & Anak Dari Renjatan Elektrik
6/12/2015 6:09:43 AM

IPOH – "Demi menyelamatkan isteri dan anaknya, abang saya terkena renjatan elektrik akibat mahu mencabut palam kuasa pada suis pancuran air panas," kata Kok Chee Yong, 34, adik mangsa yang maut akibat terkena renjatan eletrik di kediamannya di Medan Lapangan Sentosa di sini, Khamis malam.

Menceritakan kembali detik cemas tersebut, Kok ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini berkata ketika kejadian hujan lebat serta kilat menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu terputus.

Beliau berkata dentuman kilat yang kuat mengakibatkan kotak suis elektrik utama terputus bekalan.

"Salah seorang anak lelaki abang saya termuntah akibat terkejut dengan kejadian itu. Abang pergi membetulkan semula kotak suis elektrik utama, manakala isterinya membawa anaknya yang termuntah pergi ke bilik air.

"Isterinya memasang pancuran air panas tetapi aliran elektrik terus menyambar dan pada ketika itu abang terus meluru ke bilik air dan cuba untuk mencabut terus palam pada suis air pancuran. Tetapi nasib tidak baik, abang saya terkena renjatan elektrik yang sangat kuat," jelas beliau bagi pihak keluarganya.

Kok berkata abangnya, Kok Chee Kian, 40, yang bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Maut Ketika Selamat Isteri & Anak Dari Renjatan Elektrik"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info