MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Lelaki Masak Pastri Guna Sos Ajaib Diperbuat Dari Najis Manusia
6/29/2015 8:59:21 PM
Britain – Amat memualkan dan menjijikkan. Bayangkan seorang lelaki yang mungkin sakit otak telah memasak dan makan najisnya sendiri yang dinamakan sebagai sos ajaib.
Lelaki yang tidak dikenali itu akhirnya telah dihalau keluar daripada apartmen yang disewanya selepas salah seorang daripada rakan serumahnya menyedari mengenai keadaan terssebut.
Menurut rakannya itu, ketika lelaki itu berpindah masuk ke dalam rumah berkenaan, dia seperti individu normal lain dan tidak mempunyai masalah.
"Suatu hari dia keluar rumah dan saya menghidu bau busuk dalam dapur lalu saya pergi memeriksanya.
"Saya melihat ke dalam tong sampah dan di dalam ketuhar. Di situ saya dapat melihat pastri yang intinya adalah najis. Ia amat menjijikkan dan busuk.
"Saya kemudiannya muntah disitu,'' katanya.
Apabila rakannya itu bertanyakan perkara berkenaan kepada lelaki terbabit, dia merujuk masakannya itu sebagai sos ajaib.
"Ia adalah najis. Dia ambil keluar pastri itu dan makannya. Bagaimana kami hendak masak di dapur itu lagi selepas ini,'' katanya.
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Lelaki Masak Pastri Guna Sos Ajaib Diperbuat Dari Najis Manusia"