Kes Pemerdagangan Manusia: Polis Jejaki ‘Yassin’

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kes Pemerdagangan Manusia: Polis Jejaki 'Yassin'
6/1/2015 6:09:21 AM

ALOR SETAR – Polis sedang menyiasat siapa sebenarnya 'Yassin' yang dikatakan menjadi ejen besar sindiket pemerdagangan manusia, menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya.

Beliau berkata, Yassin merupakan satu nama besar dan dipercayai terlibat secara langsung 'membeli' mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini.

Zamri berkata, polis sedang mengumpul maklumat bagi mengenal pasti identiti Yassin.

Baru-baru ini Bernama melaporkan pihak berkuasa menemui kem-kem transit di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah tersebut.

Mengulas mengenai isu sempadan negara yang mudah dibolosi, beliau berkata, pihaknya sudahpun mengeluarkan arahan kepada mereka yang bertugas di sempadan untuk mengetatkan kawalan.

"Namun mungkin ada ketidakpatuhan pada arahan, kita akan ambil tindakan tegas kepada sesiapa yang ingkar pada arahan," katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kes Pemerdagangan Manusia: Polis Jejaki ‘Yassin’"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info