Johor Tambah Peruntukan Penyelenggaraan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Johor Tambah Peruntukan Penyelenggaraan
5/31/2015 5:30:40 AM

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.815 juta bagi kerja penyelengaraan dan pembersihan di 563 sekolah agama negeri ini, tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada (RM2 juta) yang dibentang menerusi Bajet Johor 2015, tahun lepas.

"Daripada jumlah RM2.815 juta itu, setiap sebuah dari 563 sekolah terbabit akan menerima RM5,000," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Badan Kebajikan Negeri Johor kali ke-15 dan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Mohd Rofiki Shamsuddin dan Guru Besar Sekolah Agama Bandar Permas Jaya Noriyah Embok Entang. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Johor Tambah Peruntukan Penyelenggaraan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info