Kempen Derma Untuk Robbi Raih Hampir RM50,000 Dalam Masa 14 Jam

 

 

Siakap Keli News

Kempen Derma Untuk Robbi Raih Hampir RM50,000 Dalam Masa 14 Jam
6/7/2015 12:16:00 AM



Sabah, 7 Jun - Satu kempen yang dilancarkan bagi mengutip derma untuk keluarga mendiang Robbi yang maut di dalam tragedi gempa bumi Sabah baru-baru ini telah berjaya mengutip hampir RM50,000 dalam masa 14 jam.

Kempen yang dilancarkan melalui laman web indiegogo.com itu pada mulanya hanya meletakkan target US$10,000 dollar sahaja untuk masa 14 hari namun dalam masa 14jam sahaja, target itu telah dipecahkan oleh 235 orang penderma.

Menurut pengajur kempen tersebut, kesemua kutipan derma ini akan disalurkan kepada ahli keluarga mendiang Robbi. Mendiang Robbi pergi meninggalkan seorang isteri bersama seorang anak lelaki yang berusia enam bulan.

Kempen ini dilancarkan oleh Amazing Borneo Tours, sebuah agensi pelancongan di Sabah yang juga agensi dimana mendiang Robbi berkhidmat. - Siakapkeli.my

Baca : Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kempen Derma Untuk Robbi Raih Hampir RM50,000 Dalam Masa 14 Jam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info