Jawapan dari Pihak Red Bull Terhadap Dakwaan Menggunakan 'Taurine' Haram Dalam Minuman Tenaganya

 

 

Siakap Keli News

Jawapan dari Pihak Red Bull Terhadap Dakwaan Menggunakan 'Taurine' Haram Dalam Minuman Tenaganya
6/9/2015 10:06:00 PM



Sejak dua tiga hari ini tersebat di laman sosial terutamanya Facebook yang mendakwa minuman tenaga terkenal berjenama Red Bull mengandungi bahan terlarang dan haram untuk diminum.

Mereka mendakwa di dalam minuman Red Bull terdapat kandungan 'Taurine' yang dihasilkan daripada binatang seperti babi, lembu, kucing dan beberapa jenis binatang lagi.

Jika asid yang digunakan dari haiwan yang halal dimakan pun mereka mempersoalkan cara sembelihannya adalah mengikut syariat Islam.


Posting ini telah disebarkan oleh seorang lelaki yang berasal dari Pakistan menggunakan nama Obaid Ullah Shafiq, dia mengatakan Taurine biasanya diambil dari tubuh haiwan dan jika anda tahu anda tidak akan menyentuh Red Bull.

"Sila lakukan ujian sendiri mengenai minuman Red Bull untuk anda mengetahui sendiri minuman ini halal atau haram," katanya.

Berikutan posting ini ramai netizens dilihat melahirkan rasa bimbang kerana perkara ini. Seperti kita tahu minuman Red Bull adalah minuman tenaga antara yang popular di Malaysia.

Jawapan dari RedBull

SK cuba mencari jawapan dari pihak Red Bull mengenai khabar angin ini di laman web milik mereka dan menjumpai jawapanya.

RedBull Menggunakan Taurine Synthetic (HALAL)

Menurut laman rasmi Red Bull, ramai orang menuduh Red Bull menggunakan asid Taurine dari bahagian halus lembu jantan, tetapi hakikatnya adalah taurine yang digunakan dibuat secara sentetik yang berkualiti tinggi yang halal untuk di makan. Jadi pelanggan tidak harus ragu-ragu tentang status halal minuman ini.


Mereka juga menerangkan, Taurine adalah asid amino, yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh manusia dan hadir dalam diet harian. Ia terlibat dalam pelbagai proses biologi.

Taurine boleh didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam otot, otak, jantung dan darah. Seseorang yang seberat 70 kg mempunyai kira-kira 70 g taurinw di dalam badan mereka. Dengan kata lain, seseorang yang beratnya  70 kg secara semula jadi sudah mempunyai di dalam badannya 70 kali jumlah taurine terkandung dalam satu tin Red Bull Energy Drink.

Taurine juga terdapat dalam bahan makanan yang berbeza seperti kerang, ikan, ayam dan susu formula bayi.

Ini pula adalah jawapan pihak Red Bull UK mengenai khabar angin berkenan yang dimuatnaik oleh ummah.com.


Mereka menegaskan produk keluaran mereka bebas 100% daripada unsur haiwan dan menafikan juga isu air kencing yang digunakan seperti khabar angin lain yang tersebar.

Ini juag merupakan kawapan rasmi dari pihak Red Bull:


Selain itu, di negara kita minuman tenaga ini telah mendapat persijilan halal dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang perkara ini.

Ini kerana proses pengeluaran pensijilan halal amat ketat dan sudah tentu amalan penghasilan dan bahan-bahan yang mematuhi syariah ditekankan dalam menghasilakn satu produk halal. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jawapan dari Pihak Red Bull Terhadap Dakwaan Menggunakan 'Taurine' Haram Dalam Minuman Tenaganya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info