Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Felixia Yeap nikah pagi semalam
6/7/2015 2:14:02 AM
KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengesahkan dirinya sudah bernikah pagi semalam menerusi akaun rasmi laman sosial miliknya.
Namun, perincian mengenai majlis kahwinnya tidak diperoleh kerana usaha menghubunginya tidak berjawab sebentar tadi.
Cuma entri di laman Instagram dan Facebook rasmi milik wanita dengan nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap itu mengesahkan dirinya kini bergelar isteri.
"Ia sebuah acara yang sangat ringkas. Alhamdulillah dan saya turut menyolek sendiri wajah semasa bernikah," katanya.
GAMBAR Felixia dan suami yang tersebar di laman maya.
Bagaimanapun gambar suaminya tidak dikongsi, cuma beberapa gambar yang jelas menampakkan wajah suaminya itu sudah mula tersebar di laman maya.
Berdasarkan sumber dan pencarian di enjin carian Google, suaminya bernama Dr Rezal Khairi Ahmad.
FELIXIA turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya. – Foto ihsan instagram raisyyahrania.official
Sekitar 40 minit lalu, Felixia turut memuat naik gambar menu makanan tengah hari sambil menampakkan secara samar identiti suaminya.
"Hari pertama kami bersama dan seterusnya untuk seumur hidup kami. Alhamdulillah untuk semuanya," katanya.
Sebelum ini, Felixia pernah dilaporkan bercinta dengan seorang lelaki selepas beberapa hari dia memeluk Islam pada 3 Julai 2014
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Felixia Yeap nikah pagi semalam"