Dua Pendaki Warga Asing Mengaku Salah Berbogel Di Puncak Gunung Kinabalu

 

 

Siakap Keli News

Dua Pendaki Warga Asing Mengaku Salah Berbogel Di Puncak Gunung Kinabalu
6/10/2015 10:49:00 PM

KOTA KINABALU: Dua daripada empat pendaki warga asing yang didakwa berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu, mengaku bersalah hari ini.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, identiti dua individu berkenaan tidak dapat didedahkan lagi meskipun pengakuan bersalah telah direkodkan.
"Mereka juga memberitahu kita mengenai seorang lagi individu yang berbogel bersama mereka," katanya memetik laporan mStar hari ini.
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada hari ini memerintah empat pendaki berkenaan, dua lelaki dan dua wanita dari British dan Belanda direman selama empat hari sehingga 13 Jun ini.
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sehingga hari ini, pihak polis menahan empat pendaki warga asing dan usaha menjejaki enam lagi individu yang didakwa melakukan kesalahan berkenaan masih diteruskan.
Penduduk setempat, terutamanya dari suku Kadazandusun sering menganggap puncak Gunung Kinabalu sebagai kawasan suci, maka perbuatan berbogel dan membuang air kecil di kawasan itu bercanggah dengan kepercayaan mereka.
Terdahulu, kesemua pendaki warga asing itu melakukan perbuatan berkenaan pada 30 Mei lalu dengan memuatnaik gambar bogel mereka ke laman sosial sehingga menjadi viral. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dua Pendaki Warga Asing Mengaku Salah Berbogel Di Puncak Gunung Kinabalu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info