Doktor Keluarkan 420 Batu Daripada Buah Pinggang

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Doktor Keluarkan 420 Batu Daripada Buah Pinggang
6/8/2015 10:51:15 PM

CHINA – Seorang penggemar makanan tofu terkejut selepas mendapati 420 batu ginjal telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital.

Lelaki itu, He, 55, berkata, batu ginjal itu terbentuk akibat kurang minum air dan makan tofu yang mengandungi kalsium yang tinggi setiap hari.

Penyakitnya itu hanya diketahui selepas He mendapatkan rawatan doktor akibat kesakitan di bahagian bawah perut.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila mendapati buah pinggangnya dipenuhi dengan batu.

Pembedahan terpaksa dijalankan segera selepas He tidak boleh minum air lagi dan jika ditangguhkan, kemungkinan besar He terpaksa mendapatkan buah pinggang yang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, beliau sendiri terkejut apabila menemui terlalu banyak batu dalam buah pinggang He.

"Saya tidak pernah menyaksikan batu yang begitu banyak dan kami mengambil masa selama dua jam 45 minit untuk mengeluarkan batu tersebut.

"Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,' katanya.

Dr. Wei berkata, kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi terlalu banyak kalsium dan ini mendorong kepada pembentukan batu karang. Kurang minum air juga akan menyebabkan kalsium itu. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Doktor Keluarkan 420 Batu Daripada Buah Pinggang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info