AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS
6/2/2015 12:09:45 AM

AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS

PASUKAN keselamatan Iraq bergerak di kawasan al-Nibaie, barat Baghdad, dalam satu operasi menawan semula bandar Ramadi. – Foto AFP

PARIS: Negara anggota pakatan diketuai Amerika Syarikat yang melancarkan serangan udara ke atas kumpulan IS akan bermesyuarat di Paris hari ini selepas serangan bom nekad ke atas kem polis Iraq semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang.

Serangan itu yang melambatkan lagi operasi menawan semula bandar Ramadi, dilancarkan sehari sebelum mesyuarat yang akan membincangkan siri kejayaan IS di medan perang di Iraq dan Syria.

Semalam, seorang pengebom nekad meletupkan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan di kem polis di wilayah Salaheddin, menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dan 30 yang lain cedera.

"Kebanyakan mangsa adalah anggota polis," kata seorang doktor di hospital utama di bandar Samarra yang terletak berhampiran lokasi serangan.

Kem itu digunakan untuk operasi tentera bagi memutuskan bekalan kumpulan IS di wilayah Anbar di barat Iraq.

Militan IS sebelum ini menawan pelbagai senjata dan kenderaan tempur daripada tentera Iraq yang melarikan diri.

Kejayaan terbaru IS ialah pada 17 Mei lalu apabila mereka menawan Ramadi, ibu negeri Anbar. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info