Arab Saudi Bakal Catat Suhu Paling Panas Sepanjang Ramadhan

 

 

Siakap Keli News

Arab Saudi Bakal Catat Suhu Paling Panas Sepanjang Ramadhan
6/2/2015 1:13:00 PM

RIYADH: Arab Saudi dijangka akan mengalami suhu panas paling tinggi dalam rekodnya, dipercayai mencapai 65 darjah celcius sepanjang bulan Ramadhan kelak.
Pakar kaji cuaca, Abdul Rahman Mohammed Al-Ghamdi turut menjangkakan suhu sehingga 50 darjah celcius mungkin turut direkodkan di kawasan redup, sekiranya berada teruk di bawah pancaran matahari.
Jika ramalan ini terjadi, Arab Saudi akan memecahkan rekod terdahulu iaitu 56.7 darjah celcius di Death Valley, California pada 1913.
"Musim panas akan berlaku di hemisfera utara pada 21 Jun iaitu ketika matahari tepat berada di atas kumpulan bintang Cancer seterusnya memanaskan banyak kawasan di bumi Arab," jelasnya.
Antara faktor yang meningkatkan suhu tersebut adalag disebabkan tekanan angin panas dan kelembapan dari India sehingga meningkatkan kepanasan di negara-negara Asia Barat.
Malah pengeluaran karbon daripada kilang-kilang perindustrian dan asap kenderaan juga turut menyumbang kepada peningkatan suhu. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Arab Saudi Bakal Catat Suhu Paling Panas Sepanjang Ramadhan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info