23 sekolah di enam daerah terjejas akibat gempa bumi di Sabah – Muhyiddin

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

23 sekolah di enam daerah terjejas akibat gempa bumi di Sabah – Muhyiddin
6/5/2015 11:00:29 PM

23 sekolah di enam daerah terjejas akibat gempa bumi di Sabah – Muhyiddin

JALAN yang retak dekat Ranau akibat gempa bumi yang berlaku semalam. – Foto ihsan pembaca BH

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 sekolah di enam daerah di Sabah terjejas akibat gempa bumi dan khidmat pakar akan digunakan bagi mengenal pasti sama ada bangunan terbabit selamat digunakan sebelum langkah pembaikan dilaksanakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan awal Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menunjukkan ia membabitkan 16 sekolah kebangsaan, enam sekolah menengah kebangsaan dan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau.

Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerosakan dikesan pada struktur di bangunan sekolah, kuarters guru, jalan raya dan tanah di sekitar kawasan sekolah.

"Kementerian sedang mendapatkan khidmat pakar dari Unit Forensik Jabatan Kerja Raya untuk mengenal pasti sama ada bangunan-bangunan terlibat selamat digunakan sebelum tindakan pembaikan dibuat," katanya.

PENDUDUK Aparment Angkasa di Kota Kinabalu berkumpul di luar rumah ketika gegaran kuat yang berlaku semalam. – Foto Mohd Nazllie Zainul

Muhyiddin berkata, peruntukan mencukupi akan disalurkan segera kepada JPN Sabah supaya kerosakan ini dapat dibaiki supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Kementerian Pendidikan, kata Muhyiddin, sedang menunggu laporan penuh daripada JPN Sabah mengenai anggaran kerosakan.

"Keutamaan kementerian ialah untuk memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala apabila sesi persekolahan dibuka semula," katanya.

Beliau berkata, sekiranya perlu, pihak kementerian akan menempatkan pelajar yang terjejas ke sekolah-sekolah berdekatan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.15 pagi semalam disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi.

Gegaran turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Polis Ranau setakat ini mengesahkan dua kematian akibat kejadian gempa berkenaan yang turut mengakibatkan pendaki-pendaki Gunung Kinabalu dan malim atau jurupandu gunung terkandas sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.

Usaha masih dilakukan untuk mengesan 17 pendaki gunung dan jurupandu berkenaan.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "23 sekolah di enam daerah terjejas akibat gempa bumi di Sabah – Muhyiddin"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info