1MDB Akan Hadir Prosiding PAC, Sedia Beri Kerjasama Sepenuhnya

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

1MDB Akan Hadir Prosiding PAC, Sedia Beri Kerjasama Sepenuhnya
6/28/2015 3:18:58 AM

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan semula kehadiran dan memberi komitmen untuk bekerjsama sepenuhnya dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB mengulangi komitmennya, sebagaimana diumumkan pada 25 Mei, 2015, untuk menghadiri prosiding itu.

"1MDB mempunyai keyakinan terhadap proses PAC dan percaya anggotanya akan

menjalankan peranan mereka secara adil dan profesional," demikian menurut syarikat pembangunan strategik itu dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kenyataan spekulatif dalam media hari ini, yang memetik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta anggota Parlimen PJ Utara dan anggota PAC, Tony Pua yang mempersoalkan sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda akan menghadiri prosiding PAC pada Ogos ini, kata 1MDB. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "1MDB Akan Hadir Prosiding PAC, Sedia Beri Kerjasama Sepenuhnya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info