Wanita Cari Ibu Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah, Info Terakhir Diterima Ibunya Berada Di Kuala Ketil Kedah



Seorang gadis, Noor Fatihah Syamsul, 24, telah tampil kepada Siakapkeli meminta bantuan supaya menyiarkan kisahnya yang ingin sangat berjumpa dengan ibu kandungnya selepas terpisah 24 tahun lalu semasa beliau masih kecil.

Menurut Fatihah, pada 24 tahun lalu semasa beliau dilahirkan, ibunya telah menyerahkannya kepada pasangan Encik Othman dan Arwah Puan Kamariah yang menetap di Bandar Baru Sungai Buloh.

"Saya teringin sangat ingin berjumpa dengan ibu kandung saya itu, nama ibu kandung saya Noor'aini binti Hashim dan alamat terakhir kesan di Kg Petai Kudung, Gulau 08210 Sik, Kedah."

"Saya telah cuba mencari ibu saya dengan pergi ke alamat tersebut dan juga alamat daftar pemilih SPR selepas telah membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara,"

"Tetapi ibu sudah tidak ada disitu dan dikatakan orang kampung ibu sudah lama berpindah ke Kuala Ketil, Kedah menyebabkan saya tidak dapat mencari beliau," ceritanya.


Menurut Fatihah lagi, untuk maklumat tambahan dia dilahirkan pada 15 Mei 1991 tetapi didaftarkan pada 7 Oktober 1992 kerana masalah pendaftaran.

"Ibu sebenanrnya tahu dia hantar saya dimana tapi selepas serahkan kepada keluarga angkat ibu hanya melawat sekali dan selepas itu menghilangkan diri."

"Kalau sesiapa yang tahu dimana ibu atau ibu sendiri terbaca berita ini tolong hubungi saya, saya janji tidak akan marah, tidak akan tanya kenapa tinggalkan saya dulu, saya cuma hendak sangat jumpa dengan ibu saya."

"Saya sudah berkahwin dan akan ada anak, saya nak anak saya nanti kenal nenek dia." kata Fatihah lagi.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Puan Noor'Aini bolehlah menghubungi beliau di talian 014-2347853 atau Facebook beliau Noor Fatihah Syamsul. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "Wanita Cari Ibu Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah, Info Terakhir Diterima Ibunya Berada Di Kuala Ketil Kedah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info