Video: Lucu, ‘Afdlin Shauki’ Jual Gula-Gula Di Korea Selatan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Video: Lucu, 'Afdlin Shauki' Jual Gula-Gula Di Korea Selatan
5/27/2015 6:47:13 AM

SIAPA sangka 'Afdlin Shauki' kini sudah menukar profesionnya daripada pelakon dan pengarah filem kepada pembuat gula-gula di Korea Selatan! Heh.

Video berdurasi 2 minit 15 saat yang dimuat naik syarikat agensi pelancongan menerusi Facebook Ekyn Tour & Vacation ini, memperlihatkan kepetahan 'Afdlin Shauki' yang pandai berjenaka dalam bahasa Melayu.


Adflin Shauki Jual Gula-Gula Di Korea :P by mynewshub

Difahamkan, lokasi perniagaannya terletak di Pasar Namdaemon, di Seoul.

"This is Madu. M-A-D-U..Madu. Saya pandai, saya comel," kata 'Afdlin' disusuli dengan gelak ketawa.

Ketika ditanya mengenai namanya, dia menjawab: "Afdlin Shauki."

Dalam pada itu, Afdlin Shauki (sebenar) menganggap perkara itu sangat kelakar apabila ada orang Korea mengaku seperti nama dirinya.

kakaka2

Malah Afdlin berharap akan dapat berkunjung ke Korea untuk bertemu dan membeli gula-gula pemuda itu satu hari nanti.

"Kelakar orang Korea mengaku Afdlin Shauki. Terbaik satu hari aku cari mamat Korea ni beli gula-gula dia," komen Aflin dalam status Facebook miliknya.

-MYNEWSHUB.Cc

Oleh: hzq

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Video: Lucu, ‘Afdlin Shauki’ Jual Gula-Gula Di Korea Selatan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info