[Video] Dilayang Kad Merah Kerana Meludah, Nazmi Dikritik Ramai

 

 

Siakap Keli News

[Video] Dilayang Kad Merah Kerana Meludah, Nazmi Dikritik Ramai
5/30/2015 11:57:00 AM


Singapura - Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, Nazmi Mansor, meludah ke arah salah seorang pemain Timor Leste dikritik orang ramai setelah dia dilayangkan kad merah diatas tindakan tersebut.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu. Komen-komen itu mula dilontarkan setelah satu "screenshot" dimuat naik di laman Facebook HarimauMalaya. Kebanyakan pendapat yang diberikan mempersetujui tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.


Selain kritikan dari pengguna media sosial, tindakan Nazmi juga disifatkan bodoh oleh portal berita Berita Harian Online.

Di dalam laporan yang bertajuk "Persembahan hambar walaupun atasi Timor Leste" itu, tindakan Nazmi itu disifatkan bodoh dan susulan kad merah dari tindakan itu menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.


Pasukan kebangsaan menang tipis keatas Timor Leste dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari oleh D. Saarvindran pada minit ke 11. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "[Video] Dilayang Kad Merah Kerana Meludah, Nazmi Dikritik Ramai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info