Labuan IBFC catat pertumbuhan 12.3 peratus syarikat – Zeti

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Labuan IBFC catat pertumbuhan 12.3 peratus syarikat – Zeti
5/26/2015 5:22:11 AM

Labuan IBFC catat pertumbuhan 12.3 peratus syarikat – Zeti

GABENOR Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatat pertumbuhan 12.3 peratus bagi pendaftaran syarikat baharu di Labuan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, kesalinghubungan strategik dengan Asia, jaringan pelaburan dan perdagangan lebih meluas turut menyokong perkembangan aktiviti perniagaan Labuan.

"Kesedaran lebih ketara terhadap nilai Labuan IBFC jelas dipaparkan menerusi peningkatan dua angka bagi pendaftaran syarikat Labuan, pertumbuhan berterusan dari segi pendaftaran yayasan serta pertumbuhan amat cemerlang bagi penubuhan syarikat perdagangan komoditi antarabangsa," katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi 2014, di sini, hari ini.

Bertemakan 'Labuan: Connecting Asia's Economies' (Labuan: Menghubungkan Ekonomi Asia), laporan itu meliputi prestasi industri Labuan IBFC bagi 2014 serta Labuan FSA.

Ia turut mengetengahkan strategi yang digunakan bagi membangunkan Labuan IBFC.

Zeti menyifatkan kadar pertumbuhan lebih baik serta peningkatan jaringan dalam Asia telah menyumbang kepada perkembangan 12.3 peratus dari segi pendaftaran syarikat baharu Labuan yang mana 70 peratus berasal dari Asia.

Mengikut laporan Labuan FSA, ada sejumlah 11,630 buah syarikat Labuan didaftarkan bagi tahun kewangan 2014 berbanding 10,352 syarikat bagi tahun kewangan 2013.

Dua lesen perbankan baharu turut diberikan masing-masing kepada sebuah bank Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan China.

"Pinjaman bank-bank Labuan yang merentasi sempadan, berkembang kepada AS$32 bilion dengan 76 peratus jumlah pinjaman dan pendahuluan disumbangkan peminjam asing dari negara-negara anggota ASEAN. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Labuan IBFC catat pertumbuhan 12.3 peratus syarikat – Zeti"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info