Selepas Dipecat, Guru Kafa Dakwa Kerajaan Selangor dan JAIS Kejam


SHAH ALAM: Selepas diberikan surat pemecatan yang berkuatkuasa 1 Jun depan, Ekhsan Bukharee mendakwa kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai kejam kerana tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri.

Malah guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yng pernah mencetuskan kontroversi kerana membuat kecoh semasa Sidang DUN Selangor bersidang bulan lepas juga mempersoal tindakan pihak berkenaan yang enggan memberinya peluang untuk merayu.

"Meskipun pada Rabu lepas 20 Mei, saya telah menerima surat pemecatan daripada pihak Jais yang berkuatkuasa 1 Jun depan. Pemecatan ini dibuat tanpa ada peluang untuk saya membuat rayuan.

"Saya merasakan Jais dan kerajaan negeri tersangatlah kejam," katanya memetik laporan Antarapos, hari ini.

Ekhsan, dalam cubaan merempuh masuk bangunan kerajaan negeri pada bulan lalu berkata tindakannya ketika itu mahu menuntut janji kenaikan elaun kepada guru-guru Kafa.

Janji berkenaan dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. -Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "Selepas Dipecat, Guru Kafa Dakwa Kerajaan Selangor dan JAIS Kejam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info