PIALA FA: Berhati-Hati Dijalan Raya, Solat Wajib Diutamakan - Ahmad Yakob



KOTA BHARU: Penyokong Kelantan dinasihatkan supaya tidak meninggalkan solat ketika dalam perjalanan atau semasa berada di stadium.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di dalam Facebook miliknya. Beliau turut mengingatkan kepada penyokong The Red Warrior yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil supaya menjaga tingkah laku dan pulang dengan selamat apabila perlawanan selesai.

"Saya berharap TRW menang dalam perlawanan itu dan akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan."

"Sekali lagi saya berpesan kepada semua penyokong TRW yang ke stadium agar berhati-hati di jalan raya, pergi dan balik dengan selamat.

"Solat wajib diutamakan dan semoga TRW berjaya, insya-Allah. Saya turut memberi sokongan sepenuhnya dan akan hadir ke stadium nanti," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini telah mengumumkan ahad ini sebagai cuti peristiwa untuk negeri kelantan bagi memudahkan rakyatnya yang pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk pulang dengan selamat serta tidak tergesa-gesa. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "PIALA FA: Berhati-Hati Dijalan Raya, Solat Wajib Diutamakan - Ahmad Yakob"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info