Naik Gaji Rakyat Dulu Sebelum Pembantu Rumah Indonesia - Ibrahim Ali

 

 

Siakap Keli News

Naik Gaji Rakyat Dulu Sebelum Pembantu Rumah Indonesia - Ibrahim Ali
5/31/2015 4:27:00 AM



KUALA TERENGGANU: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata kerajaan perlu menaikkan kadar gaji minimun rakyat kepada RM1,200 terlebih dahulu sebelum meningkatkan kadar gaji pembantu rumah Indonesia.

Menurut beliau, kerajaan perlu mendahulukan rakyat yang kini dibebani oleh pelbagai peningkatan kos kehidupan seperti kenaikan harga barang.

"Kalau nak menimbang keperluan menaikkan gaji minimum pembantu rumah orang asing sampai RM1,200, gaji minimum rakyat Malaysia juga kena bermula dengan RM1,200" kata beliau.

"Indonesia cadang naikkan gaji amahnya daripada RM800 kepada RM1,200, tak semestinya kita kena terima. Bagilah rakyat Malaysia 'happy' (gembira) dahulu sebelum kita 'happykan' (gembirakan) orang luar," katanya memetik satu laporan dari Bernama.

Sebelum ini, Indonesia telah menghantar surat cadangan kepada Malaysia untuk menambah baik syarat kerja termasuklah menaikkan gaji minimun pembantu rumah Indonesia dari RM800 kepada RM1,200. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Naik Gaji Rakyat Dulu Sebelum Pembantu Rumah Indonesia - Ibrahim Ali"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info