Mangsa Kebakaran Kg Gersik Saguking Terima Bantuan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Mangsa Kebakaran Kg Gersik Saguking Terima Bantuan
5/27/2015 10:50:33 PM

LABUAN – Sejumlah 447 mangsa kebakaran daripada 82 keluarga di Kg Gersik Saguking berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan.

Pegawai kebajikan JKM Jamil Jimon berkata kesemua mangsa ditempatkan di tempat perlindungan sementara di Dewan Arena Kg Bukit Kuda dan dibekalkan keperluan asas.

"Makanan, air, pakaian, tilam dan selimut disalurkan kepada mangsa bagi memenuhi keperluan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

[Lebih 1,800 Orang Di Labuan Tinggal Sehelai Sepinggang]

Sementara itu ketua kampung, Hussein Salleh berkata agensi lain yang menyalurkan bantuan termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Khidmat Masyarakat Pejabat Parlimen Labuan.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan Labuan Corporation Jahmurniwati Markum berkata mesyuarat jawatankuasa bencana alam akan diadakan esok untuk membincangkan bantuan yang perlu disediakan kepada mangsa.

Dalam kebakaran pada petang Rabu itu, dua orang mengalami kecederaan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Nukleus Labuan. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mangsa Kebakaran Kg Gersik Saguking Terima Bantuan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info