Kubur Di Sempadan: Penduduk Dakwa Organ Mangsa Dijual

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kubur Di Sempadan: Penduduk Dakwa Organ Mangsa Dijual
5/27/2015 10:47:32 PM

LANJUTAN dari penemuan 139 kubur dan 28 kem pelarian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hujung minggu lalu, ada dakwaan mengatakan kes tersebut berkaitan dengan aktiviti penjualan organ.

Menurut penduduk setempat, kematian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia itu disyaki akibat dibunuh oleh sindiket sebelum organ di dalam badannya dikeluarkan untuk dijual di pasaran gelap.

BERKAITAN: Kubur Besar Di Perlis, 12 Polis Ditahan

Malaysia Grave

Memetik laporan dari The Rakyat Post, seorang penduduk yang dikenali sebagai Mah berkata, kemasukkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Perlis bukanlah cerita baru, namun penemuan kubur-kubur tersebut merupakan sesuatu yang mengejutkan.

"Umum mengetahui bahawa mangsa dibawa masuk dan disimpan di Malaysia dan kemudiannya dibunuh, sebelum organ mereka dikeluarkan dan dibawa ke Thailand.

"Sindiket atau pihak tidak bertanggungjawab itu tidak boleh melakukannya di Thailand, kerana undang-undang yang sangt ketat, tetapi mereka boleh masuk ke Malaysia secara haram dan bebas melakukannya di sini.

"Pintu sempadan negara juga tidak dikawal dengan rapi dan kami, penduduk tempatan selalu melihat ramai pendatang dari Bangladesh, Myanmar dan Rohingya masuk ke sini setiap masa."

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Hairan Renjer Terlepas Pandang Kubur Besar 

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kubur Di Sempadan: Penduduk Dakwa Organ Mangsa Dijual"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info