Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Malaysia tidak terbabit dalam siasatan atur perlawanan – Khairy
5/30/2015 12:28:31 AM
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap berkenaan isu siasatan berhubung mengatur perlawanan bola sepak di Sukan Sea.
JOHOR BAHRU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan Malaysia tidak terbabit dalam siasatan berhubung mengatur perlawanan bola sepak di Sukan Sea.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima setakat hari ini, ia tiada membabitkan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola sepak Malaysia.
"Saya difahamkan kita tidak terbabit dalam siasatan berkenaan dan difahamkan ada sebuah negara yang kebetulan berada dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia.
"Saya harap tidak akan menjejaskan perlawanan ini," katanya pada sidang media selepas program Fit Malaysia di Dataran Bandaraya Johor Bahru, sebentar tadi.
Semalam, agensi berita tempatan melaporkan Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) menahan seorang rakyatnya dipercayai terbabit dalam mengatur perlawanan, dan rakan subahatnya daripada pelbagai negara ditahan dalam satu operasi.
Dalam kenyataannya, CPIB berkata badan itu secara proaktif memantau gejala menetapkan keputusan perlawanan bola sepak di Singapura, terutama dengan acara bola sepak Sukan SEA ke-28 yang dijadualkan bermula Jumaat ini.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Malaysia tidak terbabit dalam siasatan atur perlawanan – Khairy"