GAMBAR: Langit Chile Bertukar Warna Merah Darah Selepas Gunung Berapi Calbuco Meletus Buat Kali Kedua



Sungguh menakjubkan dan pada yang sama sungguh menakutkan apabila imej letusan gunung berapi Calbuco telah berjaya dirakam di Villarrica selatan Chile di mana langit kawasan tersebut telah bertukar kepada warna merah darah.

Kejadian ini dirakam selepas Gunung Berapi Calbuco itu meletus buat kali kedua selepas telah meletus pada pada pertengah April lalu.

Semasa letusan berlaku awan telah digulung ke sekitar puncak gunung seolah0olah lava dimuntahkan ke udara menyebakan langskap langit di sekitar kawasan itu berubah warna.

Villarrica, yang terletak 750 kilometer dari ibu negara, Santiago merupakan kawasan pelancongan yang popular popular dengan terletaknya gunung berapi paling aktif di Amerika Selatan.




MetBritain menyatkaan bahawa awan ditarik ke gunung menyebabkan awan lenticular terbentuk, apabila aliran udara stabil dan angin bertiup dari arah yang sama atau serupa di banyak peringkat troposfera.

Pantulan cahaya merah dari lava ke awan membuatkan awan bewarna merah darah terbentuk. Awan ini dapat dilihat sejauh 60 batu. - Siakapkeli.my




0 Komentar untuk "GAMBAR: Langit Chile Bertukar Warna Merah Darah Selepas Gunung Berapi Calbuco Meletus Buat Kali Kedua"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info