Ecuador sita 200,000 sirip yu

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Ecuador sita 200,000 sirip yu
5/28/2015 7:10:04 AM

Ecuador sita 200,000 sirip yu

JOSE Serrano mengumumkan perkara itu menerusi status di Twitter dengan memuat naik beberapa gambar memaparkan longgokan beg berwarna gelap berisi sirip yu.

QUITO: Ecuador menyita kira-kira 200,000 sirip yu dan menahan tiga individu disyaki ahli sindiket penyeludupan di pelabuhan perikanan utama di negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Jose Serrano mengumumkan perkara itu menerusi status di Twitter dengan memuat naik beberapa gambar memaparkan longgokan beg berwarna gelap berisi sirip yu.

Sirip yu mendapat permintaan tinggi di Asia untuk kegunaan perubatan dan masakan. Bagaimanapun, penggunaan sirip yu diharamkan di Ecuador.

Pihak berkuasa Ecuador melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 300,000 jerung dibunuh oleh sindiket penyeludupan, antara jenayah alam sekitar paling serius di negara itu dalam tempoh beberapa tahun.

Sirip yu dirampas dalam beberapa operasi di bandar pelabuhan Manta. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ecuador sita 200,000 sirip yu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info