Sharnaaz Ahmad Tidak Puas Hati Kalah Dengan Shah Iskandar?


Minggu lepas Shah Iskandar telah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 2014 yang turut menyenaraikan Sharnaaz Ahmad sebagai salah satu calon top 5 kategori tersebut.



Kemenangan Shah nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati Sharnaaz dimana aktor tersebut merasa tidak redha dengan keputusan tersebut dan merasa kecewa kerana pihak ang mengundi tidak mampu untuk menilai seseorang itu menerusi bakatnya.



Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit.


Mengakui dirinya sukar untuk memenangi anugerah, Sharnaaz tetap bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan dan satu hari ingin lebih berjaya dalam kariernya.


Sharnaaz semalam bagaimanapun telah dipilih sebagai Artis Paling Kontroversi menerusi kategori online.



Jika hendak suruh peminat undi berdasarkan bakat memang agak susah sebenarnya, sudah lumrah manusia akan pilih rupa berbanding hati ataupun bakat. Ada rupa takde bakat? Jangan risau anda pasti terpilih untuk jadi popular juga…Heh


Sumber Berita: Malaysian Digest

0 Komentar untuk "Sharnaaz Ahmad Tidak Puas Hati Kalah Dengan Shah Iskandar?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info