Lelaki Tawar Diri Jalani Pembedahan Pindah Kepala


Lelaki Tawar Diri Jalani Pembedahan Pindah Kepala



Valery Spiridonov, Lelaki Hidap Penyakit Pelik Tawar Jalani Pembedahan Pindah Kepala | Seorang lelaki yang menghidap penyakit yang membawa maut menawarkan diri untuk menjadi individu pertama di dunia menjalani pemindahan kepala.



Valery Spiridonov, 30, disahkan menghidap penyakit otot ganjil yang dikenali sebagai Werdnig Hoffman dan dijangka hidup selama beberapa tahun lagi.



Spiridonov menawarkan diri untuk menjalani prosedur berkenaan selepas seorang pakar bedah, Dr Sergio Canavero mendakwa dia mempunyai kebolehan memotong kepala seseorang dan menyambungnya semula ke tubuh yang sihat.



Saintis komputer dari Vladimir yang terletak 120 kilometer dari Moscow itu berkata, keputusannya adalah muktamad dan dia tidak merancang untuk mengubahnya.



“Adakah saya berasa takut? Sudah tentu. Ia bukan sahaja amat menyeramkan, malah sangat menarik lapor Harian Metro.
0 Komentar untuk "Lelaki Tawar Diri Jalani Pembedahan Pindah Kepala"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info