Guru Besar Simpan Gambar Seks Dengan 12,000 Wanita


Guru Besar Simpan Gambar Seks Dengan 12,000 Wanita



Guru Besar Simpan Gambar Hubungan Asmara Dengan 12,000 Wanita | SEORANG guru besar sebuah sekolah disiasat selepas dilapor menyimpan gambar seramai 12,000 wanita dan gadis yang dikatakan telah melakukan hubungan seks dengannya.








Guru Besar Simpan Gambar Seks Dengan 12,000 Wanita
Gambar hiasan.



Guru dari Jepun itu, Yuhei Takashima dikesan menyimpan sebanyak 150,000 keping gambar ketika dia melakukan hubungan seks dengan wanita dan gadis.



Lelaki berusia 64 tahun itu ditahan pada Rabu selepas dia didakwa merakam gambar di ranjang bersama seorang gadis di Manila.



Hasil tangkapan, polis kemudian menyerbu rumah guru besar itu dan menemui sebanyak 150,000 keping gambar yang menyaksikan dirakam ketika di ranjang bersama ‘mangsanya’.



Gambar-gambar itu disimpan di dalam 400 album, lapor akhbar tempatan Jepun, Times.



Siasatan polis mendedahkan, Takashima dikesan melakukan hubungan seks dengan gadis berusia seawal 14 tahun hingga warga emas berumur 70 tahun lapor Mstar.
0 Komentar untuk "Guru Besar Simpan Gambar Seks Dengan 12,000 Wanita"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info