Abam Bocey Mahu Turun 30 Kilogram Berat Badan


Gemuk Is Awsome! Ucapan yang cukup ringkas dan menjadi trending kini apabila Abam Bocey telah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular ABPBH 2014 hujung minggu lalu. Siapa sangka, usaha keras beliau selama ini akhirnya berbayar.



Walaubagaimanapun, tidak semua dapat menerima tagline Abam tersebut meskipun ia sebenarnya bermaksud untuk membuktikan orang gemuk juga mampu untuk berjaya dan tidak malas seperti yang dianggap oleh masyarakat.


Pakar penjagaan kesihatan Kevin Zahri juga telah menawarkan bantuan untuk Abam mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sedar akan perkara tersebut, Abam yang kini beratnya 192 kilogram berhasrat untuk menurunkan  berat badannya sebanyak 30 kilogram.



Kali terakhir saya timbang berat pada tahun lalu ialah 192 kilogram. Kalau boleh, saya mahu mengurangkan berat sebanyak 20 hingga 30 kilogram menjadikan berat hanya 120 kilogram sahaja. Seperti yang saya beritahu, saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan.


Teruskan niat anda itu Abam, dengan kekal sihat anda pasti boleh terus menghiburkan peminat dengan jangka masa lebih lama lagi. Anda juga boleh buktikan bahawa dengan azam yang kuat anda mampu mengubah fizikal anda selepas ini.


Sumber Berita: Kosmo

0 Komentar untuk "Abam Bocey Mahu Turun 30 Kilogram Berat Badan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info