Abam Bocey Dapat Buktikan Orang Berbadan Besar Boleh Berjaya


Mereka yang berbadan besar, sering menerima penghinaan daripada masyarakat. Ada yang menyifatkan mereka ini malas dan kerjanya hanya tahu makan dan minum kerana badan terlalu berat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Namun, buat Abam Bocey yang berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian beliau telah berjaya membuktikan mereka yang gemuk juga boleh berjaya.




Orang yang berbadan besar selalu dianggap tidak mampu melakukan perkara hebat dalam hidup mereka tetapi malam ini saya sudah buktikan sebenarnya sesiapa juga boleh berjaya sekiranya ada usaha dan keyakinan diri.


Alhamdulillah trofi ini turut menjadi bukti bahawa bentuk fizikal tidak menjadi kayu pengukur untuk diterima peminat.


Ramai yang mengingati ucapan Abam pada malam tersebut iaitu Gemuk Is Awsome. Ayat yang keluar secara spontan itu diucapkan kerana sebelum ini, tiada lagi golongan berbadan besar diangkat dalam anugerah berprestij itu. Abam tidak pernah merasa malu dengan keadaan fizikalnya malah menanggap ia sebagai satu bonus dimana beliau akan selalu mendapat perhatian daripada orang ramai.



Mungkin dengan fizikal yang besar ini orang akan lebih nampak saya berbanding yang lain kerana badan besar inilah membuatkan saya dikenali ramai.


Bagi saya majoriti orang yang berjaya adalah mereka yang berbadan besar kerana orang yang kurus ini lebih banyak bercakap dari membuat kerja.



Siapa sangka bukan rezeki Abam Bocey untuk menang pada malam tersebut. Abam telah berjaya menumpaskan empat finalis yang agak popular seperti Zizan Razak, Jep dan Shuib Sepahtu serta Achey. Selepas ini jangan pandang rendah kepada mereka yang gemuk, anda tidak boleh menghakimi seseorang itu daripada luaran sahaja.


Sumber Berita: mStar Online

0 Komentar untuk "Abam Bocey Dapat Buktikan Orang Berbadan Besar Boleh Berjaya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info