Zarema Zainal Hadiahkan Aidil Zafuan Vespa Sempena Ulangtahun Perkahwinan


Pejam celik-pejam celik rupa-rupanya perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah pun memasuki usia satu tahun. Bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama, isteri tercinta Aidil telah memberikan satu kejutan buat suaminya dengan menghadiahkan sebuah motosikal Vespa.



Zarema telah memuat naik foto motosikal Vespa berwarna merah dengan hiasan belon warna-warni di akaun Instagram miliknya dengan ucapan istimewa buat suami.




Through the ups and downs, our love still managed to grow, and I love you more today than yesterday, but not as much as I will tomorrow.I love you so dearly with all of my heart, to infinity & beyond.
And here’s a little gift from me to you, hubs. I hope you like it. 
Happy 1st Anniversary Baby | Hubs | Dad.?


Pasangan ini juga baru-baru ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ayden Zeeyad yang menjadi pengikat kasih sayang, cinta dan sinar kebahgiaan dalam rumah tangga mereka.


Selalunya si suami yang akan memberikan kejutan buat isteri, tetapi apa salahnya kalau Zarema pula yang membuat sesuatu istimewa buat suaminya. Harga Vespa pun boleh tahan, agak-agaknya kalau ulangtahun perkahwinan ke 10 dapat apa pula ya? Hehe..

0 Komentar untuk "Zarema Zainal Hadiahkan Aidil Zafuan Vespa Sempena Ulangtahun Perkahwinan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info