Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
![]() |
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama. |
![]() |
Keratan akhbar berkaitan kes melibatkan warden asrama belasah murid tahun 1 sampai mati di sebuah sekolah persendirian di Arau, Perlis pada 2011. |
Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.
Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online
0 Komentar untuk "Warden Asrama Pukul Murid Sampai Mati Kena Hukuman Gantung"