HAIRAN dan pada masa sama menakutkan, melihat bagaimana seekor singa mampu membuka sebuah pintu kereta pelancong yang sedang merakam gerak-geri sekumpulan haiwan itu.


Hasilnya, video berdurasi lebih kurang 1 minit itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial di seluruh dunia.


Tindakan seekor singa betina tersebut, sememangnya tidak dijangka oleh pelancong yang memberhentikan keretanya seketika bagi membuat rakaman.


Pada mulanya haiwan pemangsa itu dilihat hanya mendekati kenderaan dan meninjau namun tanpa disangka-sangka, menggunakan mulutnya ia telah membuka pintu kereta hingga membuat pelancong yang berada di dalamnya menjerit ketakutan.


Mujurlah, singa itu hanya ‘acah-acah’ saja kerana ia tidak bertindak lebih ganas lagi hingga membuat nyawa pelancong yang asyik merakam pergerakannya sebelum itu melayang.


Moralnya, jangan perlekeh kemampuan singa. Kunci kereta anda jika masuk safari selepas ini!


- MYNEWSHUB.CC