Senarai Pencalonan Jawatan Presiden PAS 2015

Senarai Pencalonan Jawatan Presiden PAS 2015. Selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun. Oleh itu dijangka jawatan-jawatan penting ini akan dicabar pada Muktamar Tahunan PAS Tahun 2015 yang ke 61 yang dijangka diadakan pada 1 Jun 2015. Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 akan menerima pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat mulai 1 Mac ini apabila 188 bahagian parti itu memulakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April 2015 ini untuk memilih calon-calon mereka. Tarikh akhir bagi bahagian mengemukakan pencalonan adalah pada 5 petang, 30 April dan pencalonan yang dikemukakan selepas itu tidak akan dilayan. 



Setakat hari ini, 3 nama telah dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS iaitu 

Senarai Pencalonan Jawatan Presiden PAS 2015

Pencalonan Jawatan Presiden PAS 2015

1) Presiden PAS sekarang,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 
2) Datuk Husam Musa dan 
3) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Berikut adalah senarai bekas Presiden PAS dari dulu hingga kini

Presiden PAS Pertama : Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953
Presiden PAS Kedua : Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956
Presiden PAS Ketiga : Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969
Presiden PAS Keempat : Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982

Presiden PAS Kelima : Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989

Presiden PAS Keenam : Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002

Presiden PAS Ketujuh : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini 
 

0 Komentar untuk "Senarai Pencalonan Jawatan Presiden PAS 2015"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info